Tuesday, October 2, 2018

MSP3062 PENDIDIKAN SENI DAN TEKNOLOGI


KELAS MINGGU 2
"Integrating Technology In Art Class" 
18.09.2018
          
Refleksi Pembelajaran :   

     Hari ini adalah hari pertama kelas bermula. Sebelum pensyarah kami menerangkan lebih lanjut mengenai subjek tersebut. kami telah diarahkan untuk menjawab satu soalan pada menti.com berkaitan dengan apa itu seni dan teknologi. Setelah kami menjawab soalan tersebut, pensyarah kami kemudiannya menerangkan apa itu seni dan teknologi yang di dalam kelas. Seni dan teknologi adalah dua perkara yang saling berkait rapat antara satu dengan yang lain. 

     Oleh yang demikian pembelajaran pada hari ini sedikit sebanyak membantu saya dalam memahami lebih dalam lagi mengenai apa itu seni dan teknologi pada masa kini. Selain itu juga, saya juga dapat memahami serba sedikit tentang penggunaan teknologi  dalam sesuatu pengajaran yang berkesan berdasarkan beberapa aplikasi online yang telah disebutkan oleh pensyarah kami itu. Seterusnya, ilmu yang telah saya dapat dalam kelas ini adalah sangat membantu saya apabila saya bergelar sebagai seorang guru di masa akan datang.

             
             
Nota Topik Pembelajaran 👇

👉   Nota Integrating Technology In Art Class




KELAS MINGGU 3
"Integrating Technology In Art Class - Activity menghasilkan Powtoon" 
25.09.2018

Refleksi Pembelajaran :

     Sesi pembelajaran pada hari ini diteruskan dengan aktiviti menghasilkan Powtoon. Sebelum kami memulakan sesi pembelajaran hari ini, pensyarah kami telah menerangkan apa yang dimaksudkan oleh Powtoon. Setelah itu, kami telah diarahkan  untuk membuat akaun powtoon sendiri supaya kami dapat mengeksplorasi isu kandungan yang terdapat pada powtoon tersebut. Aktiviti pertama yang kami jalankan di dalam kelas adalah menghasilkan Powtoon tentang  "Introduce Myself".Oleh yang demikian, sepanjang aktiviti ini berlangsung kami telah dibimbing oleh pensyarah berdasarkan masalah yang kami hadapi semasa menghasilkan aktiviti Powtoon tersebut.
             
     Di akhir  pembelajaran ini, saya dapat memahami bagaimana untuk menggunakan POWTOON dalam sesuatu pembentangan yang menarik. Selain itu, saya juga dapat mempelajari bagaimana menghasilkan sesuatu slide yang menarik menggunakan design ataupun animasi yang tersedia dalam Powtoon ini. Seterusnya, ilmu yang saya dapat melalui pembelajaran ini akan saya simpan dan praktikkan agar memudahkan saya menjalankan kerja pada masa akan datang apabila saya bergelar sebagai seorang pemdidik di masa akan datang.


ASSIGMENT 1 : Powtoon "MY SELF"




ASSIGMENT 2 : Nota Pendidikan Seni Visual "Tajuk  Anyaman"





Nota Topik Pembelajaran 

👉    Nota Integrating Technology In Art Class



KELAS MINGGU 4
"Menghasilkan Google Drawings dan AutoDraw" 
02.10.2018


 Refleksi Pengajaran :

     Pada permulaan pembelajaran hari ini, pensyarah telah mengarahkan kami untuk menjawab menti.com mengenai apa itu teknologi berdasarkan pada pendapat masing-masing. Seterusnya, pensyarah memulakan kelas dengan menerangkan apa itu google drawings dan autodraw serta menerangkan apa kegunaan serta kciri-ciri yang ada pada autodraw dan juga google drawings.
     
     Di akhir pembelajaran, terdapat dua benda baru yang saya pelajari iaitu bagaimana untuk menggunakan AutoDraw dalam penghasilan lukisan yang paling asas dan ia sangat membantu saya dalam penghasilan assigment lepas ini. seterusnya bukan itu sahaja, saya juga dapat mempelajari bagaimana menggunakan google drawing dalam penghasilan sesuatu karya akan datang.


ASSIGMENT 3 : AutoDraw

 Tajuk : Makanan




ASSIGMENT 4 : Google Drawings

Tajuk : Piramid Makanan di Malaysia 



Piramid Makanan Di Malaysia



Nota Topik Pembelajaran

👉    Nota Google Drawings dan AutoDraw



KELAS MINGGU 5
"Scratch Primary Lesson 1" 
09.10.2018


Refleksi Pembelajaran :

     Sesi Pembelajaran pada hari ini dimulakan dengan penerangan oleh pensyarah mengenai tajuk iaitu scratch. Scratch merupakan satu perisian aplikasi untuk memahami jujukan arahan dalam pengaturcaraan. Scratch juga membolehkan pelajar membina cerita animasi serta  permainan mudah. Ia juga menyokong asas untuk kawalan aturcara ke peranti berhubung (IoT) seperti Raspberry Pi. Ianya dibina dengan 3 paparan asas. Yang pertama paparan utama  yang memaparkan paparan keseluruhan projek, kedua Sprites iaitu elemen grafik atau objek yang digunakan dan yang ketiga Editor, ruang untuk menyunting skrip aturcara, kustumasi grafik dan juga suntingan suara.

     Oleh yang demikian, setelah penerangan daripada pensyarah selesai. kami telah diarahkan untuk membuat akaun scratch, di mana pendaftaran akaun scratch adalah percuma yang boleh diakses di google. Setelah itu, kami diarahkan untuk memuat turun scratch secara offline yang bertujuan untuk memudahkan kami menyiapkan tugasan pada bila-bila masa sahaja. Sepanjang aktiviti itu berjalan kami sepenuhnya dibimbing oleh pensyarah bagaimana untuk menghasilkan satu pergerakan yang mudah berdasarkan arahan yang diberikan.

     Secara keseluruhannya, pembelajaran hari ini sangat bermakna dan sangat membantu kepada saya. Ini kerana aplikasi scratch ini dapat saya aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai aktiviti yang mudah di dalam kelas apabila saya mengajar suatu hari nanti di sekolah. Segala maklumat yang telah diterangkan oleh pensyarah tentang scratch ini akan saya ingat sampai bila-bila ini kerana, ia memudahkan saya menghasilkan sesuatu aktiviti yang mudah di masa akan datang. Seterusnya, dalam pembelajaran hari ini juga saya telah mempelajari bagaimana menggunakan aplikasi scratch secara asas dari menggerakkan seekor kucing berdasarkan arahan seterusnya mengubah backdrop kepada backdrop yang lain.
             


ASSIGMENT 5 :  Scratch 1



Nota Topik Pembelajaran 

👉    Nota Scratch Primary Lesson 1




KELAS MINGGU 6
"Continue To Scratch Activity" 
16.10.2018

Refleksi Pembelajaran :

     Sesi pembelajaran kami pada hari ini diteruskan dengan aktiviti menghasilkan satu game yang diberi nama "game baby shark". Segala penerangan mengenai scratch telah pensyarah terangkan pada kelas sebelum ini. 

    Sebelum kami memulakan aktiviti tersebut, pensyarah telah menerangkan serba sedikit bagaimana untuk menghasilkan game tersebut. Sepanjang kami menghasilkan game itu, kami telah dibimbing oleh pensyarah secara langsung bagaimana untuk menghasilkan satu game cerita berdasarkan pada sesuatu arahan yang mudah. 

     Oleh yang demikian, Pembelajaran pada hari ini telah memberi saya satu ilmu yang baru dalam menggerakkan sesuatu haiwan melalui arahan yang diberikan. Ilmu yang saya dapat ini akan saya praktikkan untuk kegunaan di masa akan datang.



Topik Pembelajaran : Continue to Scratch ( Menghasilkan Game )


ASSIGMENT 6 :  Scratch 2 "Baby Shark"



Nota Topik Pembelajaran

👉     NOTA 1

👉     NOTA 2

👉     NOTA 3

👉     NOTA 4



KELAS MINGGU 7
"Menghasilkan Prezi"
23.10.2018


Refleksi Pembelajaran :

     Sesi pembelajaran hari ini diteruskan dengan Topik pembelajaran baru iaitu bagaimana untuk menghasilkan pembentangan menggunakan prezi dan bagaimana menggunakan padlet dalam penghasilan sesuatu kerja yang memerlukan padlet. Oleh yang demikian sebelum kami memulakan aktiviti penghasilan prezi dan padlet, pensyarah menerangkan serba sedikit maklumat mengenai ajuk topik tersebut.

      Prezi adalah merupakan satu Aplikasi presentation atau pembentangan yang digunakan secara online. Ia adalah sama seperti power point namun prezi mempunyai kelebihan yang tersendiri. oleh itu perbezaan aplikasi prezi dan power point adalah prezi mempunyai templet yang banyak serta menarik, ia juga mempunyai banyak pilihan dari segi persembahan tulisan, kesan zoom out presentation, serta kesan warna background yang menarik mengikut templet yang dipilih. Manakala power point pula, merupakan program persembahan yang kini dibangunkan oleh Microsoft, untuk digunakan pada kedua-dua sistem operasi Microsoft Windows dan Apple Macintosh. PowerPoint, pada mulanya dinamakan "Presenter", telah dicipta oleh Forethought Inc. Versi Microsoft PowerPoint telah dilancarkan secara rasmi pada 22 Mei 1990, sebagai sebahagian daripada suite Microsoft Office. PowerPoint berguna untuk membantu membangunkan format persembahan berdasarkan slaid dan pada masa ini adalah salah satu program persembahan berdasarkan slaid yang paling biasa digunakan boleh didapati. Microsoft juga telah mengeluarkan aplikasi PowerPoint untuk digunakan pada sistem operasi mudah alih Apple dan Android.

       Oleh yang demikian, pensyarah mengarahkan kami untuk menghasilkan satu presentation mengenai topik kraf tradisional menggunakan prezi. Sepanjang aktiviti tersebut, kami telah dibimbing secara langsung oleh pensyarah sehingga kami dapat menghasilkan prezi tersebut dengan jayanya. Seterusnya, bagi aktiviti penghasilan padlet, pensyarah mengarahkan kami untuk menghasilkan satu padlet berdasarkan topik reka bentuk melalui idea masing-masing.

        Di akhir pembelajaran hari ini, saya telah mengetahui bagaimana menggunakan prezi dalam penghasilan presentation yang menarik. selain itu, saya juga mengetahui bagaimana untuk menggunakan padlet dalam penghasilan sesuatu nota.





KELAS MINGGU 8
"Menghasilkan Padlet" 

30. 10. 2018



Refleksi Pembelajaran : 

     Proses pembelajaran hari ini adalah berjalan dengan lancar. Pada permulaan pembelajaran, pensyarah telah menerangkan kembali tentang apa itu padlet serta kegunaannya. Setelah itu, pensyarah telah mengarahkan kami semua untuk sign in to padlet masing-masing untuk aktiviti pada hari ini. Sebelum kami memulakan aktiviti pembelajaran hari ini, pensyarah menerangkan sedikit maklumat tentang penggunaan isi pada padlet dan bagaimana untuk share padlet kepada rakan-rakan serta mengarahkan kami semua untuk saling mengikuti atau follow antara satu sama lain.

      Setelah itu, kami memulakan aktiviti pembelajaran kami pada hari ini. Sepanjang kami menghasilkan aktiviti menghasilkan padlet yang bertajuk " bidang reka bentuk " kami telah dibimbing secara langsung oleh pensyarah. Jadi segala masalah yang kami hadapi dapat diatasi melalui pertolongan daripada pensyarah. Pada aktiviti ini, saya menghasilkan padlet bertajuk " reka bentuk hiiasan dalaman" . Saya memilih tajuk ini kerana saya sangat tertarik untuk berkongsi ilmu kepada semua mengenai apa itu reka bentuk hiasan dalaman. Selain itu saya juga dapat menambah sedikit ilmu berdasarkan pembacaan atau pencarian maklumat berdasarkan tajuk yang saya pilih ini.

       Oleh itu, di akhir pembelajaran ini, saya telah mempelajari bagaimana untuk menghasilkan padlet serta saya dapat mempelajari tentang isi kandungan padlet tersebut. Jadi apa yang saya pelajari dalam pembelajaran hari ini adalah sangat bermakna bagi saya, ini kerana ia akan memudahkan saya untuk menghasilkan nota di masa akan datang, kerana padlet adalah satu aplikasi free yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.







KELAS MINGGU 9
"WordPress"

 13. 11. 2018

Refleksi Pengajaran :

      Sesi pembelajaran hari ini dimulakan dengan pensyarah mengingatkan kembali tentang pemarkahan setiap tugasan yang sepatutnya disiapkan oleh semua pelajar. Seterusnya pensyarah memulakan sesi pembelajaran hari ini dengan menerangkan tentang tajuk pembelajaran iaitu wordpress. Wordpress adalah sebuah sistem yang terbuka dan sistem pengurusan laman web yang paling popular dan percuma. selain itu wordpress ini juga boleh sistematikkan nota mengikut kehendak sendiri. Beza wordpress dan blog adalah dari segi templet, fungsi setiap widgejet, tema serta banyak lagi. 

         Oleh itu, aktiviti kami dalam kelas hari ini adalah pensyarah mengarahkan kami untuk membuat akaun untuk wordpress. Setelah itu, pensyarah telah menerangkan apa yang terdapat pada wordpress tersebut. Kami kemudiannya diarahkan oleh pensyarah untuk memilih satu tema yang terdapat dalam wordpress kemudian mengarahkan kami untuk meletakkan beberapa item dalam wordpress dengan bimbingan daripada pensyarah tersebut. selanjutnya kami telah diarahkan untuk saling menambah ahli  di dalam wordpress kami itu. 

         Oleh yang demikian, apa yang saya dapat hari ini adalah saya telah mempelajari sesuatu yang baru mengenai wordpress di mana ia merupakan satu web yang percuma serta mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan blog. Oleh itu, apa yang saya pelajari hari ini akan saya praktikkan agar saya tidak lupa mengenai cara penggunaan wordpress kelak.



ASSIGMENT 9 : Diana Wordpress





KELAS MINGGU 10
"cuti maulidur rasul"







KELAS MINGGU 11
"QR Barcode" 

27. 11. 2018 

Refleksi Pembelajaran :
      Sesi pembelajaran hari ini adalah berjalan lancar.  Oleh itu tajuk pembelajaran kami hari ini adalah belajar tentang bagaimana untuk menghasilkan QR CODE bagi barcode sesuatu projek ataupun apa sahaja yang hendak kita letakkan qr code pada benda tersebut. Oleh itu, sebelum kami memulakan latihan aktiviti tentang bagaimana untuk menghasilkan qr code itu, pensyarah terlebih dahulu menerangkan tentang apa itu QR CODE atau Barcode serta bagaimana untuk menghasilkan qr code tersebut. 
     QR Code ataupun dikenali sebagai Quick Respond Code telah awal digunakan dalam dunia automotif dalam rangkaian kenderaan. Kemudiannya, pada masa kini ia telah banyak digunakan dalam  pelbagai sudut contohnya pada buku-buku teks yang ada d sekolah yang bertujuan supaya pelajar dapat merujuk terus tentang topik yang ada dalam buku tersebut seterusnya pelajar dapat menemui jawapan pada soalan yang mereka inginkan.
       Oleh yang demikian, sepanjang kami menjalankan aktiviti yang diarahkan pensyarah itu. Kami telah dibimbing secara terus agar kami dapat menghasilkan satu QR Code yang simple dan mudah menggunakan aplikasi https://www.qr-code-generator.com/ dan https://www.qrcode-monkey.com/ . Kedua-dua aplikasi pembelajaran yang kami guna hari ini adalah sangat mudah dan boleh diaksess secara percuma. Aktiviti yang kami jalankan hari ini adalah menghasilkan QR Code sendiri dimana kami mencari satu video di youtube kemudian copy link video tersebut kemudiannya memasukkan  url link ke dalam aplikasi qr code generator dan hanya memasukkan beberapa maklumat yang tersedia di sana. Langkah dalam menghasilkan QR Code adalah adalah sangat mudah. 
        Apa yang saya pelajari hari ini adalah, saya dapat mempelajari bagaimana untuk menghasilkan qr code dengan mudah menggunakan beberapa aplikasi yang ditunjukkan oleh pensyarah kami. Oleh itu, apa yang saya pelajari ini akan saya ingat sampai bila-bila agar saya dapat menggunakannya di sekolah pada masa akan datang.

Contoh barcode yang dihasilkan

contoh barcode yang dihasilkan


KELAS MINGGU 12
"Animation PS"
04. 12. 2018

      Sesi pembelajaran pada hari ini berjalan dengan lancar. Tajuk pembelajaran kami pada hari ini adalah animation ps. Oleh itu, sebelum kami memulakan aktiviti pembelajaran hari ini, pensyarah  menerangkan terlebih dahulu apa yg dimaksudkan dengan photoshop serta apa kegunaannya. 
      Photoshop, adalah penyunting grafik yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Adobe Systems yang dikhaskan untuk penyuntingan foto/gambar dan pembuatan kesan gambar. "Photoshop" bermaksud "kedai foto" dalam Bahasa Inggeris. Perisian ini banyak digunakan oleh jurugambar digital dan perusahaan iklan sehingga dianggap sebagai pasaran utama untuk perisian pengolahan gambar, dan, bersama Adobe Acrobat, dianggap sebagai produk terbaik yang pernah dihasilkan oleh Adobe Systems. Versi kelapan aplikasi ini disebut dengan nama Photoshop CS, versi kesembilan disebut Photoshop CS2 dan seterusnya.Photoshop boleh digunakan pada Microsoft Windows, Mac OS X, dan Mac OS; versi 9 ke atas juga dapat digunakan oleh sistem operasi lain seperti Linux dengan bantuan perisian tertentu seperti CrossOver.  Walaupun pada awalnya Photoshop dirancang untuk menyunting gambar untuk cetakan berasaskan kertas, Photoshop yang wujud kini juga dapat digunakan untuk menghasilkan gambar bagi Jaringan Sejagat. Beberapa versi terakhir juga menyertakan sekali aplikasi tambahan, Adobe ImageReady, untuk keperluan tersebut. Photoshop juga berkait rapat dengan beberapa perisian penyunting media, animasi, dan authoring buatan-Adobe lainnya. File format asli Photoshop, .PSD, dapat dieksport ke/dari Adobe ImageReady. Adobe Illustrator, Adobe Premiere Pro, After Effects dan Adobe Encore DVD untuk membuat DVD profesional, menyediakan penyuntingan gambar tidak linear dan layanan kesan khas seperti latar belakang, tekstur, dan lain-lain untuk keperluan televisyen, filem, dan laman web. Sebagai contoh, Photoshop CS dapat digunakan untuk membuat menu dan butang DVD.
       Aktiviti pembelajaran kami hari ini adalah menghasilkan satu animasi tulisan yang sesuai untuk header wordpress. sepanjang kami menghasilkan animasi ps itu, kami telah dibimbing oleh pensyarah secara langsung sehingga kami siap menghasilkan satu animasi tulisan bagi header wordpress.
        Apa yang saya pelajari dalam pembelajaran hari ini adalah, saya dapat belajar bagaimana menghasilkan animasi tulisan menggunakan photoshop atas tunjuk ajar daripada pensyarah dan juga daripada rakan-rakan yang lain. oleh itu, apa yang saya pelajari ini akan ingat dan praktikkan agar saya dapat gunakan dalam proses pengajaran di sekolah kelak.


Animation PS - Aktiviti menghasilkan animasi tulisan bergerak

Animasi bergerak PS diletakkan pada  wordpress



KELAS MINGGU 13
"NO CLASS"

 11. 12.2018



KELAS MINGGU 14

"PEMBENTANGAN QR CODE"
 18. 12. 2018 
       Kelas pada hari ini adalah merupakan kelas terakhir pada semester ini. oleh itu aktiviti kami pada hari ini adalah pembentangan mengenai QR CODE iaitu 8 teknik dalam bidang seni. Pembentangan adalah dilakukan mengikut kumpulan dan juga individu. semua karya QR CODE yang dihasilkan adalah sangat menarik serta kemas. 
       QR CODE yang saya hasilkan adalah mengenai 8 teknik catan iaitu menggunakan bahan cat air dan juga cat minyak. kesemua teknik yang saya hasilkan itu adalah original daripada idea serta kreativiti saya sendiri. sepanjang saya menghasilkan tugasan ini, saya sangat seronok kerana ia adalah sangat mudah untuk dihasilkan. Apa yang saya pelajari dalam tajuk ini akan saya praktikkan agar  tidak dilupakan dan saya dapat gunakan dalam sesi pembelajaran kelak,
     oleh itu,   Berikut adalah sebahagian gambar semasa kami pembentangan dan juga sedikit jamuan ringan kelas.. THANK YOU DR...
        
QR CODE yang telah dihasilkan

Pembentangan QR CODE

Pembentangan QR CODE

yehhh, jamuan ringan kami.. TQ dr..


pizza gitw

BERIKUT ADALAH QR CODE TUGASAN 8 TEKNIK DALAM CATAN 



QR CODE 1

QR CODE 2

QR CODE 3

QR CODE 4

QR CODE 5

QR CODE 6

QR CODE 7

QR CODE 8






1 comment:

  1. 1xBet korean | The best sportsbook with best odds on football, basketball
    Soccer bet 1xbet with our expert football tipster, Best 샌즈카지노 odds on football, basketball, volleyball, soccer choegocasino and more. best odds on soccer, basketball, basketball, basketball, basketball,

    ReplyDelete